Thursday, April 1, 2010

BATIK

PENGENALAN.

Batik merupakan produk yang paling popular di Kelantan, batik ialah lukisan yang dilukis di atas fabrik atau kain. Corak yang biasanya digunakan ialah seperti corak flora, geometri atau corak yang abstrak .Pada asalnya batik digunakan sebgai kain sarung, namun kini batik telah digunakan dengan pelbagai gaya fesyen seperti selendang, baju, kain pario, dan sebagainya . Hasil seni lukisan batik diaplikasikan dengan menggunakan lukisan tangan atau mencetak motif-motif yang dihasilkan ke atas fabrik atau kain ,kemudian lilin atau wax dan pewarna tertentu digunakan ke atas pakaian .

SEJARAH BATIK DI MALAYSIA.

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik .Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Di Kelantan kita dapat lihat pelukis-pelukis batik yang berpengalaman menghasilkan motif lukisan batik yang indah daripada hasil tangan mereka sendiri atau kita boleh mencuba menghasilkannya sendiri di tempat-tempat yang batik dihasilkan .Lokasi kilang batik di Kelantan antaranya termasuklah kampung putih, Kampung Badan dan Kubor Kuda.

CORAK DAN MOTIF KAIN BATIK.

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerapkan keindahan sesebuah batik. Terdapat dua bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Motif organik pula adalah seperti :
Motif Ayam
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput
Antara motif geometrik termasuklah:
Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak batik pula ialah bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan ke atas kain batik tersebut.
Antara corak yang biasanya digunakan bagi menghasilkan batik termasuklah:
Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang seli

PERALATAN YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM MENGHASILKAN SESEBUAH BATIK.

Antara peralatan tersebut termasuklah blok penerap, campuran lilin, kain,pencelup, sebuah meja.
Kain yang lebih sesuai digunakan dalam menghasilkan sesebuah batik ialah benang kapas berwarna putih . Selepas diterap dengan lilin pertama,kain tersebut akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia kemudiannya akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup semula dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
PENJENISAN KAIN BATIK.

 BATIK CANTING.
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.


Proses mencanting kain

 BATIK SKRIN.
Batik skrin ini juga tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan batik blok dan canting. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Hal ini kerana satu skrin boleh digunakan untuk satu warna sahaja.


 BATIK BLOK.
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak yang digunakan bagi menyempurnakan proses penghasilan batik diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini akan dilakukan secara berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah proses tersebut selesai .Namun perlu diingat bahawa blok itu mestilah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.


Proses menerap kain menggunakan blok corak

PENGGUNAAN BATIK.

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke dalam Negara masing-masing.

KESIMPULAN.

Kesimpulannya,batik merupakan hasil seni warisan yang unik dan indah .Justeru ,pengekalan warisan batik ini wajar diambil kira oleh badan tertentu bagi melindungi seni warisan ini.Disamping tradisi budaya ketimuran Malaysia dapat dikekalkan .Pengekalan hasil seni warisan wajar diwarisi dari genarasi ke generasi yang seterusnya agar seni warisan ini tidak pupus ditelan zaman.Dengan itu generasi akan datang dapat mengetahui sejarah seni batik warisan.Paling penting sekali,mentaliti masyarakat moden masa kini yang menganggap seni batik ini kolot atau sudah ketinggalan zaman wajar dihapuskan.Langkah ini penting bagi mewujudkan rasa cinta terhadap hasil seni warisan kita dalam diri masing-masing.
Hasil seni batik warisan sebagai medium tarikan pelancong di dalam dan di luar Negara.Seni batik yang indah merupakan salah satu hasil seni warisan yang unik di Negara kita.Dengan ini kita dapat menarik pelancong luar untuk melancong ke dalam Negara kita.Pelancong luar biasanya gemar akan sesuatu yang unik untuk dibawa pulang ke dalam negara mereka.Hal ini bertepatan dengan seni batik kreatif yang dihasilkan oleh penduduk di negara kita..Pelancong luar khususnya dari Negara-negara barat,biasanya mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi.Hal ini akan membantu dalam peningkatan pendapatan ekonomi Negara melalui aliran masuk matawang luar yang tinggi nilainya ke dalam Negara melalui pertukaran matawang asing.Pendek kata,pelancong merupakan penyumbang kepada faktor ekonmi Negara.
Disamping itu,kita juga dapat mempromosikan Negara kita secara tidak langsung . Malaysia juga mestilah mengekalkan identiti dan budaya timur yang unik.Dengan ini Negara kita dapat dikenali di seluruh pelusuk dunia.Hal ini penting bagi menaikkan nama Negara.Seterusnya peningkatan pembangunan dan kemajuan Negara dapat dicapai.Bagi menjadikan Malaysia standing dengan Negara-negara maju kita wajar menitikberatkan budaya masyarakat Malaysia yang unik berbanding dengan Negara lain.
Justeru, pihak yang berkenaan wajar mengambil tindakan yang drastik dalam menangani hal ini.Hasil seni batik ini sangat unik dan tidak wajar dipandang sepi oleh sesetengah pihak.Oleh itu,kita haruslah berfikiran positif dengan keunikan yang terdapat dalam seni batik di negara kita.Batik juga boleh dimodenkan bagi menarik minat generasi muda untuk memakai pakaian , aksessori , beg , selipar atau sandal yang berunsurkan batik boleh dipertimbangkan.
Dasar kerajaan bagi menaikkan industri batik dan mencipta identiti negara melalui seni warisan batik negara .Sebagai contoh,kerajaan telah menetapkan bahawa semua kakitangan awam untuk memakai pakaian batik pada setiap hari khamis merupakan suatu tindakan yang bijak.Hal ini dapat memupuk minat individu terhadap hasil seni batik.
Sehubungan dengan itu marilah kita sebagai rakyat Malaysia memertabatkan dan menyokong industri batik di negara kita.Dengan bukan sahaja menjana sumber pendapatan perseorangan malahan pendapatan juga dapat ditingkatan melalui industri ini.


BIBLIOGRAFI.

Warisan budaya Melayu,Batik,Perpustakaan Negara Malaysia .Melalui pautan internet .http://images.google.com.my/.Diubahsuai pada 02 november 2009.

Kelantan Cradle of Malay Culture.May 2009.Tourism Malaysia,Ministry of Tourism.

No comments:

Post a Comment